Tuhan..tunjukkan ku jalan untuk menempuhi dugaan ini..........
..........semoga diriku..........
:::::::::::::::::::::::::::::::pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Saturday, June 13, 2009
Saturday, May 16, 2009
::GURU PEMBINA NEGARA BANGSA::

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
ana masih mengingati zaman sek men di maahad darul anuar. ketika itulah kita membina sakhsiah diri kita berbantukan suasana sek (bi`ah hasanah) tunjuk ajar guru dan refleksi pengalaman sendiri.
terima kasih cikgu...
terima kasih ustaz..
terima kasih ustazah...
terima kasih lecturer..
terima kasih atas segalanya...
~TITIPAN dari an-Nisa` at 1:23 AM 0 komen ikhlas dari kamu
Wednesday, April 15, 2009
~ SELAMAT BERPERANG DI MEDAN PEPERIKSAAN ~
Susah itu tarbiyah & sabar itu indah...
insyaAllah selasa ni 21/4 hgga 6/5 bermula la final exam, 6 paper sumernya.killer subjek la..fuh!
smoga sabar mengulangkaji dan mengingati smula ajaran2 dlm kuliah...
masa ni la br mula nk jd rajin belek sumer nota...sblm ni pn dh rajin hehe..(perasan)...
buat sahabat semua...smoga succes...najah blako dgn result flying colurs..
segala silap salah sepanjang perkenalan harap dImaafkan dan dilupakan...
jupe di dewan pekse nnti.
" DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN, TIANG BAGI AGAMA & NUR BAGI LANGIT DAN BUMI"
~TITIPAN dari an-Nisa` at 6:08 AM 0 komen ikhlas dari kamu
Tuesday, April 14, 2009
Berakhirnya Tahun 3
Semester 2 bagi tahun 3 sesi 2008/2009 bakal berakhir 6/5 ni (exam last paper).
banyak la suka duka ditempuhi sepanjang thn 3 selain subjeknya yang makin mencabar,
banyak gak la program yg telah ana sertai berbanding thn sblmnya...myb dh rasa tiba masanya menimba pengalaman, disini ana kongsikan pic kenangan...
SEMINAR TAKHRIJ HADITH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
26 FEBRUARI 2009
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
~kenangan sahabat2 sekuliah~
~Masjid Wilayah~
KEM BINA SAKHSIAH & PEMANTAPAN FARDHU AIN 2009
26-28 MAC 2009
SMKA BALING KEDAH
~Bangga bergambar dpn bas UKM, br je sampai baling..muka pun penat je...~
~Ngah sarapan..nasi lemak 50 posen je..murah tul..huhu~
~Adik2 peserta yg kusyuk~
~Akak2 fasi yg comel..hehe~
~Junior PQ..cyg sgt~
~Majlis penutup..sedondon hijau muda~
~Adik2 peserta bergambar kenangan~
~Nak blk daaa...bye3~
PROGRAM PERLAKSANAAN MODUL P&P PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN MASJID
1-5 APRIL 2009
MASJID KLIA
~yg ni gambarnye lum transfer lg..dok kat kwn lg..jd xleh la ana nk share..
nnti la bila dh dpt leh letak sini..=)
~TITIPAN dari an-Nisa` at 7:33 AM 2 komen ikhlas dari kamu
Monday, March 30, 2009
~ TULIP NAN MENAWAN ~

FAKTA
Nama: Bunga Tulip
Nama Asal: Tulipa (Perkataan Arab bermaksud serban)
Famili: Kumpulan Magnoliophyta
Jenis popular: Golden Melody (kuning), Leen Var De Mark (merah),Monte Carlo(kuning), Orange Wonder (orange),Rossario (merah jambu), Inzell (putih) dan Nagrita (ungu).
Tulip...ana suka sangat ngan bunga tulip...selain warnanya yang menarik..ianya simple...cantik skali..bertuahnya klu dpt bunga tulip dr tersayang...nanti konvo nak mntak mak n abah beli bunga tulip la..lain dari kebiasaan..hehehe
Sedikit fakta sejarah...
BUNGA tulip dipercayai berasal dari Turki dan hanya dibawa masuk ke Belanda pada kurun ke-17 dan sejak itu, bunga berkenaan diangkat menjadi bunga rasmi negara itu.
Di Malaysia, bunga tulip yang banyak ditanam di Belanda hidup subur dan berbunga di atas puncak Bukit Larut, Perak pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut.
Harus diingat, keadaan cuaca di negara ini yang agak panas tidak mengizinkan bunga itu hidup subur. Namun, penggemar bunga tulip boleh cuba-cuba menanam jika dapat memastikan ia ditanam di tempat redup, di bawah teduhan dan rajin menyiram.
Jenis-jenis Bunga Tulip:
• Tulip bakeri • Tulip biflora • Tulip borszczowii • Tulip acuminate • Tulip agenensis • Tulip armena • Tulip aucheriana • Tulip gesneriana • Tulip hoogiana • Tulip batalinii • Tulip butkovii • Tulip carinata • Tulip cretica • Tulip cypria • Tulip humilis • Tulip iliensis • Tulip ingens • Tulip Julia • Tulip kaufmanniana • Tulip kolpakowskiana • Tulip kurdica • Tulip goulimyi • Tulip greigii • Tulip grengiolensis • Tulip heterophylla • Tulip kuschkensis • Tulip lanata • Tulip lehmanniana • Tulip linifolia • Tulip marjolettii • Tulip platystigma • Tulip Montana • Tulip sharonensis • Tulip sprengeri • Tulip systole • Tulip tarda • Tulip tetraphylla • Tulip tschimganica • Tulip tubergeniana • Tulip turkestanica • Tulip stapfii • Tulip subpraestans • Tulip sylvestris • Tulip undulatifolia • Tulip urumiensis • Tulip violacea • Tulip whittalli • Tulip urumoffii • Tulip dasystemon • Tulip didieri • Tulip dubia • Tulip celsiana • Tulip clusiana • Tulip edulis • Tulip ferganica • Tulip orphanidea • Tulip ostrowskiana • Tulip polychrome • Tulip praecox • Tulip praestans • Tulip primulina • Tulip pulchella • Tulip retroflexa • Tulip saxatilis • Tulip Mauritania • Tulip Micheliana.
Bila menerima tulip merah dari seseorang bererti Anda adalah “perfect lover” dalam hidupnya....
klu kat bangi xde plak jual bunga tulip...ada ape ek kat UKM...huhuhu...
~TITIPAN dari an-Nisa` at 10:42 AM 0 komen ikhlas dari kamu
Tuesday, March 24, 2009
~ESTIM KENDIRI~

::Kesan Ketampanan dan Kejelitaan Diri Ke atas Estim kendiri::
Sesetengah individu tidak mahu percaya apabila dia diberitahu dia seorang yang tampan ataupun cantik. Ada pula individu yang sangat pemalu padahal rupa paras mereka elok. Di satu pihak lain, individu yang popular selalunya memiliki wajah dan perawakan yang menarik. Pemimpin yang menang melalui undian biasanya juga memiliki penampilan yang elok. Di syurga nanti semua orang tampan dan jelita. Tetapi sebelum itu, dunia ini penuh dengan manusia yang berbagai rupa parasnya. Individu yang memiliki wajah tampan dan jelita mempunyai nasib yang lebih baik sedikit daripada orang yang tidak memiliki rupa paras menarik.
Individu yang memiliki rupa paras menarik dipandang sebagai orang yang pandai bergaul, lebih popular, lebih berjaya, lebih meyakinkan dan lebih daya tarikan seksnya. Mereka juga dipandang lebih menawan dan lebih berbahagia.
Rupa paras memainkan peranan penting pada kesan pertama apabila kita memandang seseorang. Ada kalanya kesan itu kekal. Lelaki lebih mengutamakan rupa paras dan penampilan daripada perempuan.
Rupa paras yang menentukan estim adalah rupa paras yang sangat tampan dan sangat hodoh. Apabila orang yang tampan merenung wajah mereka lama-lama dalam cermin, mereka tahu diri mereka tampan. Ditambah pula mereka sering menerima pujian akan ketampanan mereka itu, barulah rupa paras mereka mempengaruhi estim mereka dan mereka berasa seronok dengan diri mereka sendiri.
Apabila orang yang sangat hodoh merenung wajah mereka lama-lama dalam cermin dan berasa diri mereka hodoh, ditambah pula mereka selalu mendapat maklum balas berkenaan rupa paras mereka yang hodoh, barulah mereka berasa estim mereka merosot dan mereka membenci diri mereka sendiri.
Adalah dianggarkan sepuluh peratus daripada semua orang termasuk dalam kumpulan orang tampan dan sepuluh peratus lagi termasuk dalam kumpulan orang hodoh. Lapan puluh peratus yang lain tidak terlalu tampan dan tidak terlalu hodoh. Oleh itu rupa paras mereka tidak mempengaruhi estim mereka. Kebanyakan manusia termasuk dalam kumpulan 80 peratus itu di mana rupa paras mereka tidak mempengaruhi estim mereka. Di kalangan mereka yang tidak terlalu hodoh tetapi setakat kurang tampan ataupun kurang cantik daripada kebanyakan orang, rupa paras mereka tetap tidak mempengaruhi estim mereka kerana estim ditentukan oleh banyak faktor, seperti kelulusan, wang, keturunan dan bakat semula jadi.
Antara orang yang sangat tampan ataupun sangat cantik, terdapat segelintir yang estim mereka sangat bergantung pada rupa paras yang mereka miliki. Sebagai contoh, model-model dan bintang-bintang filem adalah mereka yang estimnya bergantung pada rupa paras. Apabila mereka bertambah tua, mereka kehilangan sumber estim hingga menyebabkan mereka sangat takut pada usia tua. Akibatnya, semakin mereka tua semakin turun estim mereka, dengan itu keyakinan diri mereka juga boleh ikut merosot.
Manusia selalu membuat pelbagai andaian berkenaan seseorang berdasarkan rupa parasnya. Pakar psikologi mempunyai banyak bukti yang menunjukkan manusia lazimnya menyangka orang yang tampan memiliki ciri-ciri peribadi yang baik. Anggapan ini sangat meluas di kalangan masyarakat di mana mereka menyangka orang yang tampan mempunyai bakat sosial yang lebih baik, lebih dapat menyesuaikan diri, lebih pintar dan lebih pandai mempengaruhi orang lain jika dibandingkan dengan orang yang kurang tampan. Kajian mendapati sangkaan itu tidak ada asasnya.
Individu yang tampan dan cantik memang lebih beruntung daripada mereka yang kurang tampan, terutama daripada sudut pandangan masyarakat. Mereka lebih popular, lebih pandai bergaul, mempunyai lebih ramai rakan dan kenalan serta kurang kesepian.
Individu yang tampan ataupun cantik tidak semestinya lebih pintar, tidak semestinya memiliki ciri-ciri yang lebih baik, tidak semestinya memiliki kesihatan mental yang lebih tinggi dan tidak memiliki estim yang lebih tinggi daripada mereka yang kurang tampan, ataupun daripada kebanyakan orang. Meskipun mereka tampan estim mereka tidak semestinya tinggi disebabkan perkara ini ada kaitan dengan siapa yang mengukur ketampanan itu.
Seseorang itu mungkin diukur sebagai tampan oleh orang lain tetapi dia sendiri tidak menganggap dirinya tampan. Orang yang menganggap dirinya tampan mempunyai estim tinggi dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik daripada mereka yang menganggap dirinya tidak tampan.
Satu hal yang menarik adalah perbezaan antara ukuran ketampanan yang dibuat oleh orang lain dengan ukuran yang dibuat sendiri sangat sedikit kaitannya. Dalam erti kata yang lain, kebanyakan orang yang mengatakan dirinya tampan tidak dianggap tampan oleh orang lain. Bagi mereka yang menganggap dirinya tidak tampan, walaupun orang lain mengatakan mereka tampan, rupa paras tidak menentukan estim mereka dan kesihatan mental mereka.
betul ke????
emmm.....
~TITIPAN dari an-Nisa` at 5:30 AM 0 komen ikhlas dari kamu
Monday, March 23, 2009
~TERKILAN~
sedikit terkilan dihati...
smlm 22/03/2009 berlangsungnya Aminuddin Baki`s Annual Dinner of Inspiration yang bertempat di Dectar,UKM (Universiti Kuat Mesyuarat)
sblm majlis diadakan pelajar dikehendaki membuat tempahan meja samada pelajar thn akhir, pelajar anugerah cemerlang atau pelajar biasa. cek punya cek nama ana kat meja biasa kerana anugerah pelajar cemerlang dikira dari segi pngs (biasanya pngk) xpela myb bukan rezeki...(bisik hati kecilku)...
tetapi mlm tu masa pelajar yang terpilih sdg menerima sijil n plaque dr pengetua kolej tetiba nama ana tertera kat skrin,(aik aritu tgk xde nama kat list..tetiba mlm tu ade, mcm mana nk g amik sdgkan ana dok meja blkg..wawawawa)
yg nk citer sbnarnya ....
ana terkilan xleh nk amik dr tgn pengetua, bkn ape,..ana anggap ini sbgai satu ganjaran diri dan sebagai motivasi utk study dgn lbh baik...ana tgk dr sudut positif...bkn slalu dinner klj diadakan cuma setahun sekali (setahun hanya sekali)n lagi satu utk ana tunjuk kat adik2 n nak jadi kebanggaan mak n abah tercayam...
kepada urusetia majlis, hope pasni lbh tersusun...spy xjadi lagi camni...
sebabnya...
dalam kita stdy, perlu juga ganjaran utk diri...supaya menjadi pembakar semangat, kita boleh cabar diri utk wt lbh baik...
ape pn ana bersyukur thn lepas ana dapat gak rasa, myb thn ni xde rezeki..moga Allah murahkan rezeki ana pas ni..
"ALLAHUMAJ `ALNA MINANNAJIHIN...AMIN"
~TITIPAN dari an-Nisa` at 6:50 AM 4 komen ikhlas dari kamu


